Saturday, 22 April 2017

Kembara Ke Pulau Perhentian (Day 2)

Al-Hakim Production Travel Photograph Melaka TPM

Assalammualikum dan salam sejahtera...


Bersambung kita dari episod Kembara ke Pulau Perhentian (Day 1)...
Baik... selepas day 1, day 2 pulakan.... hahahhaha... Keesokan paginya kami bersiap untuk snorkelling.... selepas sarapan kami pun tunggu kat jeti... betul betul depan rumah tumpangan kami... Sambil tu tengoklah gelagat penduduk tempatan.... yang kecil bermain... yang besar mencari nafkah...
Suasana yang sibuk di jeti Kampung Pulau Perhentian

Kelihatan kanak-kanak sedang memancing di jeti

Keadaan yang nyaman dan tenang di Kampung Pulau Perhentian

Usaha tangga kejayaan

''Ikan apa tu pakcik??.. Mak ai.. besarnya!!!"
Lama menunggu abang bot ni... bila nak sampai... Akhirnya bot tiba pada jam 11:30... agak lewat dari jadual... sepatutnya gerak pukul 10... takpe.. mungkin ada asbab-asbab tertentu... dimaafkan... Baik... Di pulau perhentian ni ada 4 check-point untuk snorkelling... iaitu:
1. Turtle point
2. Shark point
3. Coral point
4. Light House point
Saya takde action camera... jadi tak dapatlah merakamkan pemandangan indah ini.... huhuhu... jadi ni jelah gambar yang saya sempat shot...  



Muka penat selepas snorkelling 4 check point
Di Turtle point dapatlah jumpa penyu... fuhhh.. first time dapat jumpa penyu face to face... dekat kot jaraknya... laju juga penyu berenang... best... thumbs up..
Bestnya...
Antara point-point... saya paling suka light house point... sebab, perghhh pemandangan tercantik... bagi sayalah yang first time snorkelling... memang memukau..
Ada satu je gambar snorkelling... huhuh..
Don't forget to visit her ig: sharima_azis and my ig: ahakim_99... hihihihi... sempat promote.. Lepas penat ber'snorkelling'... kami pun turun ke ombak jeti... tak ingat nama tempat tu... tapi jeti tu betul betul dekat dengan Ombak Resort... jadi saya panggil lah jeti ombak... jangan risau penduduk kat sini tau... hahaha....
First hiking... tapi tak jadi sebab hujan lebat
Gambar ni sebenarnya gambar hari pertama... lupa nak masukan... Sebenarnya, kami hampir hiking masa first day tapi sebab hujan kami terpaksa tunda... dah separuh jalan dah... terpaksa undurkan diri... jadi enjoy gambar..
Row, row, row your boat...
Sempat bergambar...

Start jungle treaking..
Long Beach

Anak....Hari nak hujan... Angkat kain jemuran....

Jungle treacking
Haaa... ini baru gambar hari kedua treaking..... nampak tak baju renang... hahaha.. hiking pakai baju renang, completely basah bro... pakai selipar lagi... kencang tak kencang...(kembang hidung)

Hiking.. huuuu.. penatnya..

We almost there
Hampir 2 jam treaking n hiking... akhirnya sampai juga ke puncak... alhamdulillah dapatlah menjenguk satu satunya windmill di Malaysia..

Alhamduillah... sampai jua

Angin sepoi sepoi bahasa
Alhamdulillah.. penat memanjat terbayar dengan pemandangan indah ni....
Comel lah... anak beranak ni


Nice...
Dalam setiap langkah wahai anak... ada ibubapa yang selalu membantu mu... ingatlah..
Ayah sentiasa disisimu
Tamat sudah Kembara Ke Pulau Perhentian(Day 2)....
Bersambung akan datang KKPP(Day 3)...

Terima Kasih kerana sudi membaca...

Sunday, 16 April 2017

Kembara Ke Pulau Perhentian (Day 1)

Assalammualikum dan salam sejahtera...
Hari ini saya akan membawa anda, pengalaman saya kembara ke Pulau Perhentian... Cehhh ayat ke main... Baiklah, kembara ni saya pergi dengan mak sedara saya, Busu n Ayah su(nama panggilan). Ya, dia adik bongsu kepada mak saya. Jadi saya panggil dia busu. nice, keluarga bahagia...
Tanpa membuang masa dan tenaga, saya mempersembahkan... Plot ke Pulau Perhentian.
wp-image-1570494192jpg.jpg
Melaka Sentral
Pada jam 12.10 pagi dari Melaka Sentral ke KLIA 2. Kami menaiki Transnasional Ekspres bas. Anggaran jam tiba adalah 2 jam setengah kerana ada transit ke Stesen Masjid Tanah, Melaka.
wp-image-488085626jpg.jpg
KLIA 2
Sampai KLIA2 dalam pukul 3 camtu... Lepak kat veranda sebelah Starbuck dan Marybrown... Boarding dalam kul 6.10, tapi check-in bag pukul 4 pagi ke main ramai lagi. Dah check-in, terus ke tempat pelepasan, sambil tu cari surau. Masa tu masuk waktu pukul 6... dalam hati kata 'sempat... insyallah'.
Kita orang lepak lu kat bangku, betul-betul sebelah surau... bila airport buat announcement sudah masuk waktu solat.... sepantas mata berkedip surau dah penuh... perhhh... aku group ketiga masuk ke dalam surau... kecik betul surau dia. Dah habis solat... rushing ar... bila tengok je gate closed... Allahu.. Kitaorang pun minta lah petugas Airasia buka pintu, dengan muka penuh mengharap... dalam hati aku berdebar bro... berdoa pada tuhan... Akhirnya Allah telah buka pintu hati petugas untuk buka pintu untuk kitaorang... Allhamdulullah... Tips pertama, 'kalau flight depart masa waktu solat, solatlak kat dalam flight walaupun cuma domestik atau solatlah kat gate dia. Bentang kain or just letak sesuatu kat tempat sujud.'
wp-image-142168583jpg.jpg
Kuala Lumpur
Pemandangan Kuala Lumpur di kapal terbang waktu subuh.
wp-image-1465589688jpg.jpg
Sampai
Lebih kurang 1 jam 10 minit di angkasa, akhirnya kami mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan... Ke Ganu Ke Kita... kami ambil texi dari airport ke Jeti Kuala Besut, RM 70 satu kereta(Exora). Anggaran masa lebih kurang satu jam... perhhh lama juga... tido lah dulu.. lepasni nak hiking... hihiihi..
20170328_102529
Jeti Kuala Besut
Dah sampai... Jeti Kuala Besut.... huhuhu hujan lebat disini...
20170328_111019
baju hujan
Satu tips lagi: sila bawa baju hujan dan plastik besar untuk beg, lagi-lagi waktu hujan... memang conform basah. 
Let's goo... Dari jeti ke pulau perhentian kecil mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 40 minit..
Selamat datang ke kampung perhentian
 Lupalak nak cakap... Kitaorang gi ni ikut pakej, Sealife Travel & Tours Sdn Bhd. Boleh lah, usha-usha web ni... yela kalau travel berkeluarga.. mesti nak tempat selesa sikit... Lagipun makanan pun mahal juga.. http:www.perhentiansealife.com
Kita check-in ke Ayah Perhentianku
Next destination adalah..... mestilah masjid... kami pilih rumah tumpangan ni pun bersebab... memang dekat dengan semua kemudahan... Seperti masjid, klinik, balai polis, balai bomba dan ciber cafe... hahahah.. tapi memang strategik lah...

Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar mengatakan: 'Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji (Al-Ankabut : 2-3).... oleh itu kami diuji.. pada petang tersebut hujan,,, jadi kami terpaksa membatalkan ekspedisi mendaki... hmmm takpelah... sesungguhnya Allah maha mengerti... jadi kami pun menghabiskan waktu dengan mengumpulkan segala kudrat untuk kegunaan esoknya... Ya, it's snorkelling time!!!

(Day 1 Tamat)




Kembara Ke Pulau Perhentian (Day 2)

Al-Hakim Production Travel Photograph Melaka TPM Assalammualikum dan salam sejahtera... Bersambung kita dari episod  Kembara ke Pulau Pe...